Ciri Permainan

Blok

a

Dalam permainan ini, segala-galanya dibina daripada blok. Terdapat pelbagai jenis blok, seperti bunga, pokok, haiwan, perabot, dan makanan dll. Buat masa ini, terdapat lebih daripada ribuan blok untuk dipilih. Lebih banyak blok akan ditambah kepada permainan, jadi teruskan bersama kami!

a

Interaksi dengan Objek

Bagaimana jika saya beritahu bahawa anda boleh berinteraksi dengan objek alam sebenar. Sebagai contoh, anda sebenarnya boleh menggunakan tandas di bilik mandi. Selain itu, anda boleh mengezum untuk melihat kalendar dan jam pada dinding kerana ia menunjukkan masa dan tarikh sebenar. Satu lagi perkara hebat ialah kalkulator sebenar di pejabat, jadi anda boleh menggunakannya untuk melakukan matematik. Anda akan menemui aksi yang lebih menarik apabila anda meneroka lebih banyak permainan.

a

a

Alat Muzik

Terdapat juga alat muzik dalam permainan ini. Sebagai contoh, anda boleh menemui piano, xilofon, kit drum, dan drum Taiko dll. Bahagian paling hebat ialah segala-galanya akan menghasilkan bunyi. Apabila anda duduk di hadapan alat muzik, maka anda boleh memainkannya, merakam muzik anda, menulis lagu-lagu anda, dan berkongsi dengan pemain dan rakan-rakan lain. Semakin banyak alat muzik akan ditambah kepada permainan pada masa akan datang.

a

a

Cipta Watak Anda Sendiri

Pada penampilan fizikal watak, anda boleh menukar pakaian, topi, dan ekspresi wajah watak anda. Untuk budak lelaki, adakah anda memilih untuk memakaikan suit, atau berpakaian seperti anggota polis? Untuk budak perempuan, adakah anda akan memilih untuk memakai gaun yang indah, atau pakaian seragam pelajar? Anda juga boleh berpakaian seperti ninja atau memakai hiasan kepala haiwan. Kemudian, ambil gambar atau pergi ke mod berbilang pemain untuk menarik perhatian pemain lain!

a

a

a

a

a

a

a

a

a

Bergabung dengan Dunia Sebenar

a

Latar belakang boleh ditukar ke dalam pandangan kamera, jadi dunia sebenar juga boleh digabungkan ke dalam permainan. Ini ialah detik yang ajaib yang membolehkan anda untuk menggabungkan realiti dan imaginasi anda. Tidak kah anda mahu mengambil gambar dengan watak-watak BOKU?

a

Mod Berbilang pemain

Permainan ini menyokong mod berbilang pemain, anda boleh berhubung dengan pemain lain, dan pergi ke dunia yang sama seperti pemain lain untuk mencipta, meneroka, mencari teman, dan berbual. Pemain boleh mencium, memberi hadiah, dan bercakap antara satu sama lain melalui teks dan mesej suara.

a

a

Berkongsi Foto dan Video Anda

Selepas menggunakan ciri mengambil gambar dan video, anda boleh berkongsi dan menunjukkan gambar-gambar dan video kepada keluarga dan rakan-rakan anda dengan memuat naik ke media sosial. Tunjukkan kreativiti anda kepada dunia dengan mengambil dan berkongsi gambar-gambar dan video yang menyeronokkan!

a

a

Terus Jadi Semakin Baik

BOKU BOKU akan dikemas kini secara berkala. Semakin Banyak blok, item persalinan, struktur, dan juga permainan baharu akan datang! Harap sabar menunggu, dan anda pasti akan terkejut!

a

a